
Sulit
5 tahun
Bila bersama keluar darah tompok2
Sy wanita umo 37taun…bila bersama ada kala berdarah…tp tidak sakit…sy jd xselesa…bila sdh selesai tiada pn kua drh lg…kdg keesokan atau lusa nye ada ckt…pastu xde…xde sakit3 pn d bhgian ari2…blh sy tau knp ye doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.