Sulit
5 tahun
Binti Di Badan Dan Tangan ,kaki
Bintik Ni tidak gatal tidakmerah Dan Juga Sakit Tapi Ada Di tagn Belakng Badan ,Makin lama dia makin banyak juga saya tidak rasa ini ruam atau apa pun sebb saya tiada genjala tersebut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Akan tetapi, maklumat yang anda berikan tidak mencukupi bagi kami memahami masalah sebenar yang anda hadapi.
Bagaimanapun, untuk makluman anda, bintik-bintik pada badan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penyakit alahan kulit
- Ekzema
- Jerawat pada badan
- Chicken pox (Cacar) atau Shingles (Kayap)
- Bullous Pemphigoid - Penyakit autoimun yang lecetan berair pada bahagian badan berlipat
- Jangkitan kuman seperti Impetigo
- Herpes
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.



































