
Sulit
5 tahun
Bintik bintik air pada kawasan badan
Saya wanita 20’an. Sy mengalami demam berlarutan. Pada hari ke 5 timbul bintik bintik air pada badan, kulit kepala, dan muka. Dan satu dia kawasan bibir. Adakah itu herpes atau demam campak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bintik air di badan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- chickenpox biasanya pada kanak-kanak
- cacar api atau herpes zooster yaitu apabila virus yang menyebabkan chickenpox tadi aktif kembali dalam tubuh badan anda
- reaksi alahan
- gigitan serangga
- dermatitis - yaitu keradangan kulit
- akibat ubat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.