
Sulit
4 tahun
Bintik-bintik putih kemaluan
Hello doc,sy lelaki,umur29,di umur 20,sy sedar asa bintik putih d alat kelamin sy,sy ter-tanya" apakah itu sehingga sekarang,tidak ada masalah gatal" ataupun apa" masalah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
- Ketuat di bahagian kemaluan: Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan zakar dan kemaluan atau di lubang dubur
- Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes): Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tanda-tanda penyakit akan mengadu demam, gatal, ‘panas’ dan bengkak di bahagian kemaluan
- Penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis :Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis dan nanah di bahagian zakar
Namun, bagi semua soalan encik di atas, untuk mengetahui punca dan rawatan yang sesuai serta membuat kesimpulan bahawa encik menghidap penyakit kelamin, kami memerlukan maklumat lanjut dan pemeriksaan rapi harus dilakukan.Sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.