
Sulit
4 tahun
Bintik gatal selepas melalukan sex
saya pernah melalukan sex dan selepas hari tersebut kemaluan saya timbul bintik dan gatal. bintik itu timbul di bahagian zakar dan kepala zakar. saya berasa amat tidak selesa dan ingin sembuh dari penyakit ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases) seperti gonorea atau sifilis
- Radang kulit
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Namun begitu, maklumat lanjut berkenaan masalah yang dialami oleh anda adalah diperlukan dan pemeriksaan dan siasatan lanjut perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Rawatan hanya akan diberikan selepai diagnosis dicapai untuk memastikan anda mendapat rawatan yang betul.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Sakit dan kerap membuang air kecil
- Terdapat cecair berbau atau nanah keluar daripada zakar anda
- Air kencing bercampur nanah atau/dan darah
- Gatal-gatal di kawasan kemaluan
- Pening kepala
- Muntah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.