
Sulit
3 tahun
Bintik pada kemaluan wanita
Saya wanita berusia 19 tahun, saya mendapati terdapat bintik2 kecil hitam, merah pada kemaluan saya… Ia ternampak jelas apabila menekannya, tidak rasa sakit, hanya sedikit gatal sahaja… saya merasakan bintik2 ini timbul sudah agak lama,mungkin sudah beberapa tahun.tanda ni macam penyakit kelamin sedangkan saya tidak pernah melakukan seks… adakah ada penyakit lain yang menyerupai penyakit kelamin?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala benjolan pada permukaan kemaluan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Ketuat di bahagian kemaluan.
- Herpes di bahagian kemaluan
- Sifilis
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.