
Sulit
3 tahun
Bintik putih di vigina dan nilu semasa kencing
Isteri saya berumur 22 dan kami baru lepas berkahwin. Isteri saya berkata dengan saya yang beliau merasa ngilu semasa kencing dan terdapat bintik bintik putih kecil berada di vigina

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang isteri anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan kebersihan kawasan kemaluan yang kurang memuaskan
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus pada kulit
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Vaginitis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang isteri anda alami. Kami sarankan beliau untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepadanya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.