Sulit
3 tahun
Bisul di bawah pangkal zakar
Hi… Saya lelaki berusia 27…baru baru ni di bawah pangkal zakar saya timbul biji seakan bisul… Adakah ia berbayar atau tidak?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bisul di zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan bakteria H. ducreyi
- jangkitan sifilis
- herpes
- akibatan erupsi ubat
- trauma akibat pergerakan semasa aktiviti seksual dan lain-lain
- penyakit autoimun seperti psoriasis ataupun Behcet
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.