
Sulit
5 tahun
Bisulan bawa testis secara berterusan
Saya lelaki (I) (29) dari Rawang yang menghadapi kemunculan bisul yang berangaran 4cm panjang di bawah testis. Ia bermula dari bawa testis, dan akhir di 2cm sebelum lubang belakang. Bisul ni mula muncul sejak 2017 jun sehingga sekarang. Ia muncul, pas tu letup, reda… pas, muncul lagi. Dah pergi banyak klinik. Tapi tak dapat penyelesaian…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bisul di skrotum (pembungkus testis) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pyoderma gangrenosum - sejenis keradangan kulit
- Fournier’s gangrene - kematian sel-sel akibat keradangan fasia (tisu penghubung yang mengelilingi otot, darah dan saraf testis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.