
Sulit
5 tahun
Bolehkah doktor bagitahu bagitahu jawapan yang kepastian kenapa dengan masalah saya sekarang?
Hi doktor saya wanita berusia 20 tahunLast month saya berhubungan sex dengan suami saya pancut dalam, lepas berhubungan sex saya mengambil pil postinor dalam 72jam. Selepas itu sepatutnya saya datang haid pada 12/3 tapi haid saya datang pada 18/3. Selepas itu bulan ini sepatutnya 18/4 datang haid tapi sudah lewat 4 hari adakah kemungkinan saya hamil??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kehamilan
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.