
shila7387
4 tahun
Bolehkah hiv berjangkit semasa mandi jenazah tanpa perlindungan? dan bila waktu sesuai untuk ujian hiv selepas mandi jenazah?
Bolehkah hiv berjangkit semasa mandi jenazah tanpa perlindungan? dan bila waktu sesuai untuk ujian hiv selepas mandi jenazah?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang situasi yang dihadapi. HIV dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah.
Justeru selagi mana anda tidak terkontaminasi dengan darah jenazah, kemunginan untuk anda terinfeksi adalah sangat kecil.
Namun yang demikian, sekilas, untuk info tambahan, apabila berbincang tentang positif atau negatif HIV, terdapat window period HIV yaitu tempoh waktu diantara dijangkiti (melalui aktiviti berisiko dan sebagainya) sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang adalah berbeza-beza, namun rata-rata adalah sekitar 3 minggu. Terdapat dua cara mendeteksi iaitu rapid test kit & analisa darah.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih