
Sulit
3 tahun
Bolehkah saya Mengandung
Saya telah berkahwin dan melakukan hubungan dengan suami saya,bolehkah saya mengandung tapi period saya sudah 2bulan datang,minta pencerahan lanjut daripada doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, seorang wanita mengandung tidak akan dapat haid tetapi boleh mengalami pendarahan lain yang mungkin kelihatan seperti haid. Sebaliknya, anda mungkin mengalami “spotting” semasa kehamilan awal, yang biasanya berwarna merah jambu atau coklat gelap.
Bagi mengetahui kehamilan anda, anda disarankan untuk membuat ujian “urine pregnancy test”
Jika anda masih keliru dengan situasi anda, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.