dan

5 tahun

Bolehkah sifilis dikesan melalui ujian VDRL

Adakah SIFILIS masih boleh dikesan melalui ujian VDRL jika sudah menjalani rawatan…

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Selamat petang! Terima kasih untuk soalan anda. Untuk menjawab soalan anda, VDRL (venereal disease research laboratory) adalah ujian untuk mengenalpasti jangkitan sifilis tetapi ia tidak tepat kerana ia mengukur respon antibodi pesakit kepada antigen nontreponemal. Oleh itu, tppa (Treponema pallidum particle agglutination) adalah ujian yang lebih tepat. Sekiranya anda masih dijangkiti dengan jangkitan sifilis selepas menjalani rawatan, ia boleh dikesan dengan ujian VDRL. Izinkan saya untuk menjelaskan tentang jangkitan sifilis. Treponema pallidum adalah bakteria yang menyebabkan sifilis. Ia adalah penyakit kelamin yang tersebar ke orang lain melalui hubungan seksual.

Anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menjangkit jangkitan ini jika anda melakukan hubungan seks yang tidak selamat, dengan beberapa orang atau dengan pesakit sifilis.
Simptom sifilis datang secara berperingkat dan ia dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama sifilis biasanya ada ulser kecil, dipanggil chancre dan ia muncul di tempat bakteria memasuki badan anda. Biasanya ia tidak sakit dan akan pulih dalam masa tiga hingga enam minggu. Pada peringkat kedua, anda akan mengalami ruam pada bahagian zakar, vagina, dubur dan akhirnya meliputi seluruh tubuh anda termasuk telapak tangan dan tapak kaki anda. Sekiranya anda tidak mendapat rawatan yang sesuai, terdapat peluang yang tinggi untuk mengalami sifilis tertiari. Pada peringkat akhir, jangkitan ini boleh merosakkan otak, saraf, mata, jantung, saluran darah, hati, tulang dan sendi.

Penicillin adalah antibiotik yang paling biasa digunakan untuk sifilis. Ia adalah penting bagi anda dan pasangan anda untuk melengkapkan antibiotik untuk mencegah jangkitan berulang. Anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan seks yang selamat atau elakkan daripada menjalani hubungan seksual untuk sementara waktu.

Dr Ilias,

5 tahun

Hai, salam sejahtera! Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.

Ujian sifilis yang paling biasa dilakukan adalah dengan mengambil darah pesakit sebelum analisis dilakukan. Ini dinamakan sebagai ujian serologi. Dua jenis ujian serologi iaitu ujian nontreponemal dan ujian treponemal perlu dilakukan bagi mengesahkan diagnosis Sifilis.

VDRL ataupun Venereal Disease Research Laboratory adalah salah satu ujian dibawah ujian nontreponemal ini. Secara amnya, sekiranya pesakit mempunyai simptom, ujian nontreponemal dilakukan terlebih dahulu dan kemudian disahkan oleh ujian treponemal. Sekiranya tiada simptom dan ujian nontreponemal adalah negatif, maka ujian lanjutan tidak perlu dibuat. Bagi menjawab soalan yang diberikan, kebiasaannya ujian treponemal seperti TTPA akan kekal positif selepas diagnosis untuk jangka masa yang panjang.

Berlainan dengan ujian tersebut, ujian nontreponemal pula akan menjadi negatif setelah pesakit tersebut dirawat. Dengan itu, keputusan ujian nontreponemal yang positif ke atas pesakit yang mempunyai rekod Sifilis yang telah dirawat sebelumnya, menandakan kehadiran jangkitan yang baru ataupun rawatan yang tidak berkesan. Untuk pesakit yang tidak menghadiri temu janji, terdapat pelbagai cara untuk mentukan sama ada jangkitan yang dihadapi tersebut baru ataupun yang lama. Antara caranya adalah rekod rawatan yang sempurna, simptom-simptom klinikal sifilis primari atau sekunder dan risiko-risiko pesakit untuk mendapat jangkitan.

Hai, salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan kepada kami.

Apabila bertemu dengan doktor, pesakit akan disoal untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang masalah yang dialami serta pemeriksaan fizikal akan dijalankan untuk melihat simtom yang disebabkan oleh bakteria ini seperti ulser “chancer” pada bahagian kemaluan yang selalunya berlaku pada peringkat pertama jangkitan ini selepas beberapa minggu terdedah kepada bakteria treponema pallidum.

Seseorang yang disyaki mendapat jangkitan bakteria ini akan menjalani ujian saringan untuk melihat sekiranya terdapat antibody yang telah dikeluarkan oleh tubuh terhadap bakteria ini. Mereka yang mendapat keputusan positif (reactive result) dalam ujian saringan ini akan menjalani ujian kedua iaitu ujian serologi VDRL. Ujian ini boleh mengenal pasti jumlah antibodi terhadap bakteria ini sebagai refleksi terhadap aktiviti bakteria ini di dalam tubuh. Paras antibody ini adalah rendah sekiranya rawatan yang diperolehi berkesan. Namun begitu pesakit yang baru sahaja menerima rawatan masih boleh menunjukkan keputusan VDRL yang reaktif kerana bakteria tersebut belum dihapuskan sepenuhnya.

Sekiranya ujian menunjukkan keputusan reaktif bagi ujian VDRL ini, pesakit belum mendapat rawatan akan dirujuk untuk kidmat nasihat dan rawatan yang sepatutnya kerana ini menunjukan dia telah dijangkiti sifilis.
Sekiranya ujian VDRL menunjukkan keputusan tidak reaktif, ujian ketiga iaitu TP-PA akan dijalankan untuk mengesan bakteria ini sendiri. Namun, jika ujian saringan tidak dijalankan, ujian TP-PA haruslah dijalankan jika VDRL menunjukkan keputusan reaktif kerana ujian ini kurang spesifik.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)