Nubhan

5 tahun

Bolehkan sakit saya sembuh dengan menjaga pemakanan dan bersenam?

Hai doktor, saya masih muda umru baru 36 tahun. Tapi baru-baru ini doktor sahkan buah pinggang saya bermasalah dan tekanan darah saya tinggi. Soalan saya, kalau saya jaga pemakanan dan selalu bersenam,boleh tak buah pinggang saya kembali sihat dah darah tinggi saya hilang? terima kasih doktor.

Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan ini. Penyakit darah tinggi (hipertensi) dan sakit buah pinggang merupakan dua penyakit yang berbeza, tetapi berkait-rapat antara satu sama lain. Penyakit darah tinggi boleh terjadi dengan sendiri, dan mungkin juga terjadi kerana penyakit lain, antara contohnya ialah penyakit buah pinggang. Hal ini kerana mekanisme untuk mengawal tekanan darah dalam badan kita terletaknya dalam buah pinggang.

Dalam mengawal dua penyakit ini, terdapat garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas mendapat diagnosis mengidap penyakit hipertensi atau sakit buah pinggang, pesakit akan dikategorikan dalam beberapa kumpulan pesakit, sama ada risiko rendah, risiko sederhana, atau risiko tinggi. Apabila diperlukan, doktor akan memberi priskripsi ubat dan juga memberi nasihat yang merangkumi pelbagai perubahan gaya hidup. Antara perubahan ini yang telah terbukti dapat mengawal tekanan darah tinggi adalah berhenti merokok, mengurangkan minuman arak, kerap bersenam, kurangkan berat badan, dan diet pemakanan yang seimbang. Pesakit amat di sarankan untuk membuat perubahan ini disamping juga mengambil ubat yang telah diberi oleh doktor bagi memastikan penyakit darah tinggi dan sakit buah pinggang terkawal.

Dengan menjaga diet pemakanan dan selalu bersenam sahaja adalah tidak cukup untuk mengawal penyakit seperti darah tinggi dan sekit buah pinggang. Namun jika pesakit datang untuk berjumpa doktor apabila penyakit ini berada pada tahap awal, dan doktor telah melakukan pemeriksaan yang teliti, ada kalanya dimana ubat tidak diperlukan, dan cukup dengan perubahan gaya hidup sahaja. Tetapi ia adalah sangat penting untuk mengikut nasihat doktor dengan ketat dan juga mengikuti jadual perjanjian susulan yang telah ditetapkan oleh doktor anda untuk memastikan penyakit anda terkawal dan tiada komplikasi yang tidak diinginkan.

Hi, terima kasih atas soalan.

Tekanan darah tinggi, atau darah tinggi, atau hypertension, merupakan salah satu penyakit kronik yang paling biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Darah tinggi didefinasikan sebagai tekanan darah sistolik yang melebihi 140 mmHg, atau tekanan darah diastolik yang melebihi 90 mmHg, atau kedua-duanya sekali. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan darah tinggi. Darah tinggi boleh disebabkan oleh punca-punca yang lain seperti penyakit buah pinggang, masalah hormon dan sebagainya.

Buah pinggang merupakan salah satu organ badan utama yang mengawal tekanan darah kita. Jika buah pinggang kita bermasalah maka ia akan mengganggu tekanan darah kita. Terdapat pelbagai penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan darah tinggi:

• Renovascular hypertension atau darah tinggi yang disebabkan oleh kesempitan saluran darah ke buah pinggang
• Polycystik kidney disease atau penyakit buah pinggang polisistik, merupaka sejenik penyakit genetik yang menyebabkan buah pinggang yang bengkak
• Kegagalan buah pinggang boleh menyebabkan darah tinggi. Kondisi ini adalah biasa dalam kalangan pesakit kencing manis.
• Ketumbuhan di buah pinggang seperti renal cell carcinoma (barah buah pinggang)

Berdasarkan kenyataan di atas, darah tinggi anda boleh sembuh sepenuhnya jika anda merawat penyakit buah pinggang anda. Namun demikian, bukan semua penyakit buah pinggang boleh pulih dengan sepenuhnya. Sebagai contoh, renovascular hypertension boleh dirawat dengan sepenuhnya manakala sampai sekarang tiada rawatan berkesan untuk polycystic kidney disease.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)