
fazylahdila
4 tahun
Boley x sy mkn folic acid
Sy belum mgandung,boley ke sy mkn folic acid

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, folic acid merupakan sejenis vitamin yang biasanya digunakan sebagai:
- ubat mencegah kejadian neural tube defect pada bayi yang mana ubat ini diberikan pada orang yang mahu hamil seawal 4 minggu sebelum hamil
- pengubatan penyakit folate deficiency megaloblastic anemia yaitu sejenis penyakit darah
Mengkonsumsi folic acid walaupun tidak hamil adalah tidak dilarang kerana selain sebagai pengubatan kondisi diatas, folic acid juga dipercayai membantu proses penghasilan sel-sel tubuh. Akan tetapi, harus dipastikan anda telah terlebih dahulu mendapatkan rawatan yang sepatutnya sekiranya anda mempunyai pernicious anemia, atau kekurangan cobalamin (sejenis vitamin).
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
Photo by M.T ElGassier