Sulit
3 tahun
Bonjolan di testis sebelah kiri sejak usia 14 tahun. ingin mengetahui tentang cancer testis dan simptom simptom cancer tersebut
saya seorang lelaki berusia 19 tahun, saya mendapati terdapat timbulan timbulan bonjol di testis sebelah kiri saya sejak usia 14 tahun. saya menganggap ia sebagai urat di testis dan ia adalah normal. baru baru ini saya terbaca artikel mengenai cancer testis. adakah timbulan di testis saya adalah simptom cancer testis? tahun lps saya pernah mengalami senak di bahagian bawah perut yang teruk. tetapi setelah membuat pemeriksaan, doctor mengesahkan bahawa saya diserang gastris
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala benjolan yang terdapat pada testis sebelah kiri sejak anda berumur 14 tahun.
Untuk makluman anda, kanser testis merupakan sejenis ketumbuhan yang malignan atau tidak terkawal yang pada organ testis. Berikut merupakan simptom-simptom dan tanda-tanda kanser testi, iaitu:
- Testis yang bengkak pada satu belah ataupun kedua-duanya.
- Terdapat ketulan pada testis, yang tidak sakit apabila disentuh.
- Terasa seperti testis berat sebelah atau terasa bengkak
- Cecair yang terkumpul dalam testis
- Sakit kekusaman pada bahagian kulit testis atau celah kangkang
- Rasa sakit pada bahagian payu dara lelaki
- Mengalami akil baligh pada usia yang muda
- Kaki bengkak
- Sesak nafas
Sekiranya kanser tersebut merebak ke organ lain atau kawasan badan yang lain, anda mungkin akan mengalami:
- Sakit perut
- Sakit belakang
- Sesak nafas
- Sakit dada
- batuk berdarah atau kahak berdarah
- Sakit kepala dan kepeningan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk makluman anda, ketumbuhan bonjol pada testis tidak semestinya adalah menandakan kanser testis yang khusus. Ia juga boleh disebabkan oleh:
- Varicocele, iaitu sejenis salur darah kembang.
- Hydrocele, iaitu sejenis pengumpulan cecair dalam testis
- Epidermal cyst, iaitu ketumbuhan sista pada organ yang melekat pada testis (epididymal)
- Testicular torsion atau penyakit kilasan testis
- Penyakit angin pasang (Hernia)
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang dinyatakan di atas, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini bagi memulakan pencegahan awal daripada penyakit-penyakit yang tidak diinginkan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah