
Sulit
5 tahun
Bonjolan lembut di zakar
Saya lelaki berumur 16 tahun dan saya mempunyai bonjolan lembut di bahagian kanan zakar saya. Ia berlaku selepas zakar saya mengeras dan memancutkan air mani

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan lembut didaerah tersebut boleh disebabkan:
Angin pasang (hernia)
Buah zakar terbelit (testicular torsion)
epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Seluar dalam yang terlalu ketat - menyebabkan kesukaran pergerakan buah zakar dan zakar
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.