
Sulit
3 tahun
Breast lebih besar sebelah
normal ke untuk wanita kalau payudara besar sebelah? tapi tidak ketara sgt

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah saiz payudara yang tidak simetri. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ramai wanita yang mempunyai saiz payudara yang tidak sama. Ini adalah sesuatu perkara yang normal dan tidak perlu dirisaukan.
Namun demikian, ada kalanya masalah anda boleh disebabkan oleh patologi pada payudara. Oleh itu, sekiranya anda mengalami simptom lain seperti ketulan pada payudara atau ketiak, perubahan pada kulit seperti kemerahan atau keluaran cecair daripada puting, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan