
Anonymous
2 tahun
Breast macam ade bengkak & nanah
ni untuk my moms , dia diabetic but check hb normal , kencing manis tak naik . mak umur 40an , haritu dia mengadu kata breast bengkak then bengkak surut puting tu tiba2 timbul putih2 then bengkak takpasti nanah or what la . apa puncanya ye ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan cik mengenai ibu cik, kemungkinan perkara ini terjadi kerana :
- Jangkitan kuman pada payudara ( saluran susu dalam payudara menjadi tersumbat )
- Puting payudara mengalami jangkitan kuman ( Kemungkinan besar hal ini akan mengakibatkan nanah keluar dari puting payudara)
- Pemakaian bra yang tidak sesuai dengan saiz payudara (Mungkin terlalu ketat)
Jangkitan di payudara atau puting payudara juga boleh disebabkan oleh diabetes yang tidak dikawal dengan baik.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.