
Sulit
5 tahun
Buang Air berdarah tapi bukan bersama najis
saya wanita berumur 32 tahun dan sudah berkahwin pada 2019 yg lalu. 5 tahun yang lalu saya pernah dimasukkan ke hospital kerana suspek anemia dan puncanya ada lah disebabkan buang air yang disertakan titisan darah (najis tidak bercampur darah). perkara ini kemudian berulang semula dalam 2 minggu yang lalu berpunca daripada keracunan makan yng membawa kepada cirit birit dan pendarahan pada dubur.Untuk pengetahuan doktor saya tidak mengalami masalah sembelit.Disini kemushkilan saya adalah berkenaan adakah ini tanda2 kanser @ buasir dan adakah keadaaan ini akan mmpengaruhi janin sekiranya saya hamil.
sekian terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan buang air berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka anus
- Abses dubur
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Harus diketahui bahawa berak berdarah adalah tidak normal dan merupakan petanda terdapat masalah kesihatan lain yang mendasari. Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.