Sulit
4 tahun
Buang air besar berdarah sudah hampir seminggu
saya berumur 26 tahun. saya mengalami masalah berak berdarah sudah hampir seminggu. sebelum2 ni beberapa tahun yang lalu saya pernah mengalami masalah ini. harini masalah yg sama jadi semula. saya tak merasakan sakit ketika buang air besar. tapi selepas buang air besar darah akan keluar menitis-nitis dan berwarna merah pekat. jika buasir, tiada isi pon yang terkeluar didubur. apa sebenarnya yang saya alami ya ? adakah kanser ataupun bukan ? minta penerangan doktor.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.