
Anonymous
5 tahun
Buang air besar dan berdarah
Saya berusia 19 tahun . Saya tidak mengalami apa apa penyakit sebelum ini . Tetapi saya mengalami “berak berdarah” . Darah keluar selepas najis keluar. Darah berwarna pekat dan masih fresh . Saya sangat risau. Apakah punca ? Apakah sakit yang saya alami? Dan mengapa ia terjadi ? Saya segan untuk cek di klinik kerana saya malu kalau doktor perlu cek dubur . Tapi ia masih merisaukan saya . Saya sudah mengalaminya hanya 2 hari. Apa perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.