Sulit
3 tahun
Buang sperma dalam badan
Saya umur 18 tahun. 5/11 saya dan teman lelaki ada buat unsafe sex dan terpancut sikit di dalam. Saya taknak makan pil perancang tapi ada makan nanas,minum apple cider vinegar dan makan lemon. Adakah sperma itu akan hilang?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pil perancang merupakan kaedah paling berkesan untuk mengelak kehamilan and terbukti berkesan secara saintifik. Kaedah anda sememangnya tidak berkesan untuk menghalang kehamilan. kerana Pil perancang kehamilan tidak menyebabkan kesan sampingan serius. Pengguna selalunya mengalami gangguan kitaran haid sementara. Selain daripada pil perancang, terdapat pelbagai jenis kaedah mencegah kehamilan:
- Kondom
- Implan
- Pil 28 hari atau 21 hari
- Pil perancang kecemasan
- Alat pencegah kehamilan intravaginal
- Pencegahan kehamilan secara fisiologi
Kaedah perancang keluarga bukan sahaja dapat mencegah kehamilan, ia juga dapat mengelakkan daripada penyebaran penyakit kelamin yang merbahaya. Justeru itu, jika anda terlibat dengan aktiviti seksual, pastikan anda menggunakan kondom.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































