
Sulit
4 tahun
Buasir aka haemorrhoids
Hi. Saya perempuan berumur 27 tahun. Saya mengalami masalah buasir sejak setahun lepas. terdapat benjolan di luar anus saya. Adakah masalah buasir saya akan pulih selepas hanya dengan pengambilan ubat buasir? Atau saya perlu membuat pembedahan untuk membuang buasir tersebut?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dan benjolan yang terdapat di luar anus anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital
- Penyakit kulit yang lain seperti (jerawat, sifilis, kankroid, dll.)
- Alahan kulit - pada kain seluar atau sabun
- Trauma / luka
Atau gangguan saluran pencernaan seperti:
- Buasir (buasir yang berat akan disertai dengan gejala berak berdarah)
- Rectal prolapse
- Rectal polyp
- Angin pasang (baca: hernia)
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu.
Umumnya terdapat banyak jenis rawatan buasir yang bergantung pada kondisi saat ini, jenis, tahap dan klasifikasi bausir itu sendiri. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.