Anonymous
4 tahun
Buasir dan sakit perut
Saya baru melahirkan anak hujung tahun lepas.Selepas habis pantang, saya ada tidak membuang air besar selama seminggu, kemudian muncul buasir saiz kacang tanah.tapi buasir tu dah mengecut.Yang jadi kerisauan saya, ada lagi satu buasir yg akan keluar setiap kali saya buang air besar dan perlu ditolak masuk guna jari. Saiznya tidak menyusut dan saya sentiasa rasa sakit pedih (sudah masuk tiga bulan saya sakit)
Saya ada berjumpa doktor surgery dan dicadangkan kaedah laser
Adakah itu sahaja pilihan yg saya ada doc? Berapa lamakah fasa pemulihan jika saya gunakan kaedah ini? Adakah buasir luaran saya ini boleh muncul kembali?
Kini masuk tiga minggu saya alami sakit perut seperti kejang, kadangkala berbunyi perutnya walaupun selepas saya makan atau buang air besar, sakit perut tetap tidak reda
Adakah sakit perut saya ini juga berkait dengan masalah buasir saya? Mohon pandangan doktor.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap sejenis kondisi yang dikenali sebagai buasir atau haemorrhoids. Buasir terbentuk daripada tisu bahagian dubur yang bengkak akibat aliran darah yang tidak lancar. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko buasir ialah sembelit, kurang senaman, berat badan berlebihan dan penuaan. Buasir boleh menyebabkan tanda-tanda lain seperti kegatalan dan perdarahan dari dubur.
Rawatan buasir adalah bergantung kepada betapa seriusnya masalah buasir yang anda hadapi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar doktor boleh menentukan rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Secara amnya, buasir yang kecil boleh dirawat dengan meningkatkan pengambilan serat dalam diet pemakanan anda. Pengambilan serat akan melancarkan proses penghadaman makanan, melegakan masalah sembelit dan melancarkan aliran darah di bahagian dubur. Kapsul yang mengandungi ubat juga boleh disumbat ke dalam dubur untuk mengecutkan buasir. Jika rawatan konservatif adalah tidak berkesan atau buasir anda adalah terlalu besar, pembedahan yang kecil adalah diperlukan untuk membuang benjolan tersebut.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami .Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.