Sulit
3 tahun
Buasir luar @ dalam
Saya wanita 38 thn,sy mengalami buasir luar.Sy Nk thu adakah sebab buasir ne sy akn selalu sakit perut.setiap kali sy makan sy pasti sakit perut.dan sy kerap sedawa.setiap kali sedawa akan rasa Nk muntah tp yg kluar hanya buih2 lendir.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, buasir luaran adalah benjolan yang terjadi di bawah kulit di sekitar dubur. Para pesakit akan merasa amat sakit kerana terdapat lebih banyak saraf di sekeliling kawasan tersebut. Mereka juga boleh mengalami pendarahan dari dalam dubur. Gejala ini selalunya berlaku apabila buasir dalaman membesar hingga terkeluar dari dubur.
Antara gejala yang boleh dialami adalah:
- Pendarahan selepas membuang air besar- darah biasanya merah terang
- Kegatalan pada keliling dubur
- Terdapat benjolan yang bergantung di luar dubur, yang mungkin perlu ditolak semula selepas membuang air besar
- Pelepasan lendir selepas membuang air besar
- Kesakitan, merah dan bengkak di sekeliling dubur
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu mendapat masalah rasa ingin muntah dengan kerap:
- Masalah gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Saluran makanan yang tersumbat terutama pylorus, esofagus atau disebabkan oleh bendasing
Jadi kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya masalah ini dapat diatasi dan disiasat dengan lebih lanjut.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.