Sulit
3 tahun
Buat masa skrng , sye kerap alami gastrik , bila bngun pagi2 ,bile lmbt mkn
Sye wanita umur 19 thun , sblum ni sye kerap sngt sendawa tapi jarang alami gastrik . Saya pelik sejak 2 hari yg lepas tiba2 saya gastrik yg sngt sakit . Dah amik ubat gastrik ñ angin tapi masih sakit , dan sakit sngt bahagian tgh atas perut bawah paru2. Dan nafas saya pendek , bila sakitnye datang die akn buat dada dan belakang dada seperti rasa ditarik kuat2 …saya rasa sakit sngt , apa patut sye buat?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, selain daripada mengambil ubat, anda boleh cuba beberapa perkara ini untuk mengurangkan kesakitan yang anda alami seperti:
- Makan dalam hidangan yang kecil
- Kunyah makanan anda perlahan-lahan
- Elakkan mengunyah gula-gula getah ataupun makan gula-gula
- Perbanyakkan bersenam
Jika kesakitan anda masih lagi berterusan, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapat pemeriksaan lebih teliti tentang keadaan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.