
Sulit
3 tahun
Bulu seperti lelaki, adakah ubat hormon membantu hilangkan
Hi , syeera ,23 saya wanita mempunyai bulu seperti lelaki, saya nk tahu lebih lanjut tentang jika saya mengambil ubat hormon adakah dapat membantu kurangkan Atau hilangkan bulu tersebut selain rawatan laser dan sebagainya ?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS) yaitu sejenis masalah ketidakseimbangan hormon
- Cushing syndrome apabila tahap hormon kortisol dalam badan terlalu tinggi akibat konsumsi berterusan ubatan yang mengandungi steroid seperti sesetengah jamu
- Hiperplasia adrenal kongenital - keadaan genetik yang mana tubuh mengeluarkan hormon steroid dalam kadar yang tinggi
- Tumor di ovari atau di kelenjar adrenal
- Ubat-ubatan
Sebaiknya anda merujuk dahulu ke doktor untuk mengetahui apakah anda mempunyai sebarang masalah kesihatan diatas. Hal ini adalah agar masalah kesihatan anda dapat diubati dari akar pokok penyebabnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor