
Sulit
4 tahun
Cairan berwarna coklat keluar dari vagina tanpa bau
Saya wanita berusia 26 tahun. Pada 27/1 (tengahari) saya telah jalani ujian pap smear di hospital dan pada waktu malamnya saya dapati ada beberapa titisan berwarna coklat, tidak berbau. Saya sangka mungkin ia adalah darah permulaan nak period memandangkan hari tersebut juga merupakan hari saya sepatutnya period. Namun pada keesokkan harinya, 28/1 (tengahri) saya dapati cecair coklat masih keluar tapi dalam kuantiti yang sedikit sangat. Saya confuse sama ada cairan itu adalah spotting dari implantasi atau kesan daripada ujian pap smear yang telah saya jalani, atau adakah saya betul2 period? Tapi cairan tersebut masih sedikit, berwarna coklat dan tidak berbau. Mohon pencerahan Doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Perimenopaus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.