Sulit
6 tahun
Cara berhenti makan pil perancang noriday
Saya sofea.saya ingin bertanya.sekiranya susu badan saya makin berkurang…adakah saya perlu berhenti makan pil noriday dan mengambil perancang yang lain ???sekiranya perlu tukar.seandainya saya tidak lagi mahu mengambil apa2 ubat selepas stop noriday .adakah risiko hamil berlaku …
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan,pil Noriday adalah sejenis pi yang mengandungi hormon Progesteron dan ianya selamat digunakan untuk menyusu juga. Kesan sampingan pil ini pada umumnya tidak termasuk pengurangan kuantiti susu yang dihasilkan namun ianya boleh terjadi pada sesetengah wanita. Sekiranya anda mahu bertukar kepada kaedah perancangan keluarga yang lain, antara pilihan yang anda boleh ambil ialah seperti suntikan, implantasi bawah kulit ataupun kaudah IUCD. Untuk menukar kaedah perancangan keluarga, anda perlu berbincang dengan pakar kesihatan kerana maklumat tambahan berkenaan kesihatan dan kehamilan anda perlu diketahui sebelum keputusan yang sesuai dicapai.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































