
Sulit
4 tahun
Cara membesarkan halkum yang tidak kelihatan
Bagaimana cara membesarkan halkum agar lebih menonjol… Hrp doc dapat berikan keterangan lanjut… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berikut yang anda keluhkan boleh jadi adalah sifat normal seseorang lelaki berdasarkan suku kaum dan keturunan. Sesetengah kaum cenderung mempunyai bulu badan yang kurang dan letak halkum yang tidak menonjol.
Bagaimanapun, keterangan ini adalah masih umum. Bagi mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.