
Sulit
5 tahun
Cara merawat kulit tangan kasar?
Umur saya 30tahun. Kulit tangan saya sangat kasar. Rakan-rakan yang pegang tangan saya selalu menegur saya sehingga saya berasa sangat malu. Mereka selalu bertanya sama ada saya buat kerja terlalu kasar sehingga kulit saya jadi macam ni. Tetapi, saya tidak buat kerja terlalu kasar. Walaubagaimanapun, saya ada history mengidap lelah, tapi sudah lama tak dapat lelah. Tapi, dalam kes saya, saya tidak ada berasa gatal di bahagian tangan, hanya dia sangat dan terlalu kasar. So, macam mana rawatan kulit tangan kasar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah kulit kasar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dermatitis kontak iritan apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan kulit
- dermatitis kontak alergi apabila seseorang mempunyai alahan kulit terhadap sesuatu bahan
- psoriasis sejenis penyakit autoimun
- dishidrotik ekzema sejenis ekzema
Antara yang sering memicu reaksi kulit adalah udara kering, peluh, dan stres. Selain dari perawatan dan ubatan, adalah penting untuk mengenal pasti pemicu dan berusaha mengelakkan pemicu tersebut daripada mengenai nya. Kunci utama adalah mengelakkan kulit anda daripada kering kerana kekeringan boleh menyebabkan keluhan timbul. Antara hal yang boleh dilakukan untuk mengurangi beratnya gejala adalah:
- memandikan atau mengenakan air untuk mengurangkan keradangan
- setelah mandi lapkan dengan cara pat gently
- sapukan pelembap ( moisturizer yang fragrance free)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.