Sulit
3 tahun
Cara merawat penyakit fibroid
Hi, saya wanita berkahwin berusia 32 tahun. Berkahwin hampir 1tahun. Tapi mengejutkan saya. Doctor sah kan saya ada small fibroid. Bagaimana penyakit ini boleh di rawat dan masih boleh di rawat untuk mendapatkan zuriat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, fibroid adalah ketumbuhan yang paling sering dilihat pada sistem reproduktif wanita. Dianggarkan bahawa di antara 20 hingga 50 peratus wanita usia reproduktif mempunyai fibroid, walaupun tidak semua dikenal pasti.
Terdapat pelbagai jenis cara untuk merawat fibroid rahim. Rawatan hanya disyorkan untuk wanita yang mengalami gejala yang menjejaskan aktiviti harian. Antaranya ialah:
- ubat untuk merawat gejala perdarahan yang banyak (ubat tahan sakit, pil perancang kehamilan,Sistem intrauterine Levonorgestrel (LNG-IUS)
- ubat untuk mengecutkan fibroid
- pembedahan untuk fibroid
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang fibroid ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!