
Sulit
4 tahun
Cara pengambilan pil peracang
Saya wanita yang berumur 21 tahun, dan saya mahu mengambil pil perancang untuk menjarakkan kelahiran anak. Dalam masa yang sama, period saya tidak teratur. Bagaimanakah saya pengambilan pil perancang untuk yang period tak teratur ? Apakah jenis pil perancang yang boleh doctor sarangkan untuk saya ? Boleh ke beli pil peracang melalui portal doctor on call ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai jenis perancang keluarga yang boleh dipilih. Antaranya:
Pil bormon sama anda gabungan progesteron dan estrogen (COCP) atau progestron sahaja (POP)
Alat cegah kehamilan dalam rahim (IUCD)
Keadan barrier seperti kondom atau secara semulajadi (mengelak masa subur atau tidak melepaskan air mani ke dalam rahim)
Streilization seperti ikat tiub
Sukar untuk saya menyarankan kaedah perancang keluarga yang sesuai dengan adna kerana pemilihan adalah berdasarkan status kesihatan dan mengikut kesesuai serta keselesaan anda dalam mengamalkan perancang keluarga tersebut. Untuk mengetahui kaedah yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor atau ahli farmasi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.