
Sulit
5 tahun
Cara pengambilan Pil perancang pertama
saya baru umur 20 tahun dan kawin awal, semalam saya bersama suami saya dan dia “terlepas dalam” saya takut mengandung sbb saya muda lagi, jadi macam mana saya nak elakkan dari hamil dengan pil perancang ini? saya belum period lagi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Postinor adalah sejenis pil perancang kecemasan yang berfungsi mencegah kehamilan dengan cara melambatkan ovulasi. Pil postinor berfungsi secara efektif sebanyak 99% untuk mencegah kehamilan sekiranya anda mengambilnya dengan betul iaitu dalam masa 72 jam pil pertama diambil dan pil kedua diambil selepas 12 jam pil pertama diambil. Justeru apabila anda mengambil Postinor pada 2 minggu setelah berhubungan, ia sudah tidak efektif.
Sedikit info tambahan, Postinor adalah sejenis pil perancang kecemasan. Ia bermaksud, anda tidak digalakkan untuk menggunakannya secara rutin. Maksimal penggunaan adalah satu setiap satu kitaran haid. Bagi merancang dan mencegah kehamilan secara teratur, anda digalakkan untuk mulai menggunakan metode perancang kehamilan lain seperti implan, IUCD, pil perancang dan lain-lain.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.