
Sulit
5 tahun
Cara pengiraan kehamilan
Doktor…boleh kah pengiraan lehamilan dikira bila kite sesufah bersama suami sebabnya…period pertama last sy pd 25/2 dan pd 16/3 sy telah bersama suami dan sbelum pada tarikh 16/3 sy tifak bersama suami sejak dr feb sehingga
16/3 sebab suami tiada di rumah dan jdi boleh kah kiraan hamil dikiraa pada 16/3 itu…saya agak keliru mohon doktor terangkan dengan lebih jelas…tq😊 bertanya…benarkah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tarikh kehamilan anda tetap dikira dari hari pertama haid terakhir anda. Oleh itu, usia kandungan anda berdasarkan tarikh tersebut ialah 8 minggu dan 5 hari. Ini menggunakan “Naegele’s rule”. Namun, kaedah ini cuma sesuai untuk mereka yang mempunyai kitaran haid teratur. Cara lain untuk mengetahui usia kandungan ialah melalui imbasan ultrasound.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor ibu dan anak. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.