Sulit
4 tahun
Cecair berwarna coklat keluar dari faraj
Saya berumur 17 tahun dan baru baru ini ada cairan dan seperti air yg berwarna coklat keluar dari faraj.pada hari pertama saya merasakan ianya darah haid,tapi ianya seperti bukan kerana tiada ketulan darah ,hanya berwarna coklat .sudah 7 hari ianya keluar.saya risau memikirkan hal ini dan stress .ditambah lagi stress dengan study untuk SPM.adakah perkara yg berlaku ini normal atau tidak?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah berwarna coklat yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Kesimpulannya, permasalahan yang anda alami itu kemungkinan besar normal.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda atau disertai gejala lain, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.