nurnajmikarim
4 tahun
Cecair yang keluar dari kemaluan
Saya lelaki berumur 15 tahun. Selepas kencing saya selalu mengalami masalah sejenis cecair keluar sedikit demi sedikit kadang kadang sejenis pepejal seperti agar agar juga keluar dari kemaluan saya. Kadang kadang kemaluan saya juga melekat pada pakaian dalam mebuatkan saya berasa tidak selesa dan ia berasa sangat sakit untuk mencabutnya. Bagaimanakah cara untuk atasi masalah ini? Adakah cecair yang keluar dari kemaluan itu najis mengikut sudut pandangan agama Islam?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cecair yang keluar dari kemaluan yang anda alami boleh disebabkan:
- Kebocoran air mazi
- Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia sekiranya pernah bersetubuh
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Dari sudut agama, saya tidak mempunyai kepakaran tersebut. Anda disarankan merujuk kepada ustaz bagi maklumat tersebut.
Untuk mengatasi masalan ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.