
Sulit
4 tahun
Cegah hamil dan Pil perancang
Hi.selepas 3thun pregnant still boleh ambil perancang ke? Pil apa yang sesuai? Sebelum nie xpernah ambil apa2 perancang…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan puan, 1 strip pil perancang mempunyai 21-28 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Menurut penelitian, penggunaan sesuai arahan dapat mengelakkan kehamilan sehingga 95%.
Sekiranya anda baru sahaja menggunakan pil perancang, sebaiknya gunakan kaedah perancang tambahan sehingga mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.