
Sulit
3 tahun
Celah kelengkang gatal
sy wanita 23 tahun… mula2 sy terkena gatal2… masa sy berslin anak yng pertama tp sy opret anak yng pertama… dh masuk 3 tahun xhlng… sy pernah ambk ubat di farmasi klinik… dn farmasi luar… mcm2 sy dh cuba… dokter sy dh jumpa… tp jln jgk… mcm mna sy nk bt… klau sy xmkn bnda yng gtl2 pon. sama jea ttp gatal…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan kenyataan anda, kami memahami anda runsing akan masalah gatal pada kelengkang yang sudah berterusan selama 3 tahun. Kini anda ingin tahu langkah-langkah yang boleh anda ambil. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang memuaskan
- Bacterial vaginosis
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Cervicitis atau vaginitis
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted infection )
- Ingrown hair akibat pencukuran
Langkah-langkah yang boleh anda ambil adalah:
- Kerap membasuh vagina selepas ke tandas
- Menjaga keseimbangan pH vagina dengan tidak menggunakan sabun atau antiseptik yang kuat
- Menggunakan pelindung semasa hubungan seksual
- Mencukur bulu kemaluan dengan teliti
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.