
Sulit
4 tahun
Cell darah puthi tinggi
Darah putih sya tinggi sebab ? 12.5 darah putih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, apabila kiraan sel darah putih tinggi, ini bermaksud anda ada jangkitan atau inflammasi yang sedang berlaku dalam badan anda. Sel darah putih memainkan peranan sebagai askar yang melawan kuman atau membendung inflammasi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.