Sulit
5 tahun
Cirit birit, muntah dan perut tak selesa (berangin)
Hi saya berusia 27 tahun…belum berkahwin…saya demam pada khamis malam (9/1/20) then esok nya suhu badan saya normal tapi still sakit kepala and saya cirit birit pagi tu (10/1)…lebih 3kali sehari…saya ke klinik and ambil MC…saya rasa saya dah baik demam sebab suhu around 37.2 macam tu, but saya masih rasa sakit kepala and cirit birit and saya muntah2 (lagi2 lepas makan ubat2 yang doctor bagi masa saya ke klinik)…saya tak ada allergy ubat pun…then badan saya rasa lesu sangat…perut saya rasa tak sedap even saya sudah makan…rasa macam berangin…perlu ke saya ke klinik semula?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Demam tifoid
- Dengue
- Amebiasis hati (jangkitan hati)
- Food poisoning
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























