
Sulit
5 tahun
Cirit birit,perut meragam. Apakah tanda tanda ini kaitan dengan covid-19?
Hai dan salam sejahtera doktor,saya wanita berumur 24tahun, saya tahu sekarang musim covid-19 , sya nak tanya, adakah possible sya kena covid-19 sebab sya cirit birit,perut meragam tidam ada demam tidak ada batuk tidak ada selsema tidak ada pening kepala. tidak ada contact sama org positif covid-19 wallahhualam.

5 tahun
Salam sejahtera, berikut adalah simptom 2019 Novel Coronavirus:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Masalah cirit birit boleh disebabkan perkara berikut:
- Keracunan makanan
- Radang usus
- Alahan pada usus
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini