
Anonymous
4 tahun
Coklat bercampur darah
Saya wanita berumur 22 tahun , baru baru ni saya ada keluar lendir coklat bercampur dengan darah . Tapi period saya yang akan datang minggu depan . Awal seminggu sebelum period lendir coklat bercampur darah keluar . Tak sakit , cuma sekali tu je keluar lepastu dah takde . Dia tak berbau dan takde gatal pun di bahagian bawah . Boleh saya tahu kenapa ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala keluar lendir coklat yang dialami puan. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Pendarahan kerana implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.