Sulit
5 tahun
Confused hamil ke tak sbb Tak Period
Saya tak pasti masalah yg mcm mana saya hadapi. Jika benar, masalah hormon, ubat apa perlu diambil utk stabilkan hormon? Dan ada yg sarankan utk buat check up di klinik, tp Doktor tahu ke kos yg selalu dikenakan utk semakan kehamilan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, jika punca kepada haid lewat anda ialah hormon yang tidak stabil, doktor akan memberi preskripsi ubat hormon. Terdapat pelbagai jenis ubat hormon dan ia bergantung kepada individu. Bagi memeriksa kehamilan di klinik, anda boleh terus kemana-mana klinik berdekatan. Kos semakan kehamilan bergantung kepada klinik yang anda kunjungi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
























