
noorzaiti.norzali
5 tahun
Covid19 dan Influenza pafa anak anak
Salam doktor. Anak saya ada terapi renang di sekolah. Adakah Covid19 atau Influenza boleh merebak melalui air. S dan adakah sekiranya anak saya sudah ambil vaksin influenza, penyakit yang disebut di atas berkemungkinan dijang3. Sekian tk

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kerisauan anda mengenai wabak coronavirus. Untuk makluman anda, air kolam renang mengandungi klorin dan ia mampu membunuh organisme yang boleh menyebabkan penyakit.
Jika anak anda telah mengambil vaksin influenza, ia boleh melindungi anak anda dari influenza.
COVID19 merupakan virus berbeza dengan virus Influenza namun boleh menyebabkan gejala yang sama.
Kenali gejala COVID19
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini