
Anonymous
2 tahun
Cyst cecair diluar rahim
Hai doc…sy ingin bertanya…adakah cyst sbesar 2cm akan mbesar@akan mngecut?sy pernah menjalani scan baru2 ni dan doc mngesahkan sy ada cyst jenis cecair sbesar 2cm dluar rahim…saya sgt risau…apa perlu sy buat…bantu sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda ovarian cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan cecair atau tisu lain yang terbentuk di dalam atau pada ovari. Ovarian cyst adalah penyakit biasa. Mereka boleh berlaku semasa tahun kanak-kanak atau selepas menopaus. Kebanyakan ovarian cyst adalah jinak (bukan kanser) dan pergi sendiri tanpa rawatan. Amat jarang sekali ovarian cyst menjadi kanser
Sesetengah ovarian cyst boleh menyebabkan rasa sakit yang lemah atau tajam di dalam perut dan sakit semasa aktiviti tertentu. Ovarian cyst yang lebih besar boleh menyebabkan ovari terputar. Akan tetapi, kebanyakan cyst adalah fungsional yang mana bermaksud ia akan hilang sendiri dalam 6-8 minggu tanpa perlu perawatan. Justeru, sebaiknya anda berbincang dengan doktor anda untuk menunggu dahulu beberapa minggu sebelum melakukan penilaian atau scan ulang terhadap cyst anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.