Sulit
6 tahun
Cyst dan period lewat
Saya wanita berusia 30 tahun, sudah berkahwin selama setahun. masalah sy skrg period sy sudah lewat dgn jarak 53 hari. Sy sudah melakukan ujian aor kncing 2 mggu lepas dan negatif. Kemudian sy melakukan scan di klinik swasta dan didapati terdapat cyst bersize 3.2cm x 2.6 cm. Dr bagitahu cyst tersebut tidak merbahaya dan akan pecah sendri. Dinding uterus sy pula tidak menunjukkan tanda akan keluar darah haid. Soalan sy adakah cyst tersebut menggangu kitaran haid sy? Perlukah sy melakukan rawatan susulan untuk masalah cyst tersebut? Adakah cyst mengganggu kesuburan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya pemeriksaan doktor anda mendapati bahawa terdapat kista (cyst) dalam ovari anda dan ianya bersaiz kurang dari 5 cm, maka pada kebiasaannya kista tersebut tidak memberikan apa-apa impak. Namun, pada sesetengah kes kista tersebut boleh membesar dan bertambah dan menyebabkan gejala Sindrom Polisitik Ovari yang akan mengganggu kitaran haid. Antara faktor lain bagihaid lewat adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
























