aziahanuar1381
3 tahun
Cyst pada luar rahim
Hai doctor…saya ingin bertanya…baru ni saya menjalani ultrsound di 1 klinik swasta…doctor tersebut mengesahkan saya mempunyai 1 bentuk cyst mengandungi cecair sebesar 2cm diluar rahim…soalan saya adakah cyst tersebut akan membesar@sebaik nya?saya juga mengalami senggugut yang kuat setiap kali period…adakah ianya sangat bahaya atau bagaimana…bantu saya…terima kasih…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala cyst atau kista boleh dibahagikan kepada jenis mengikut saiz dan kesan terhadap individu. Saiz yang kurang dari 5cm pada kebiasaannya akan diletakkan dalam pemerhatian doktor sekiranya ia akan membesar atau bertambah jumlah. Manakala sesetengah kista (cyst) boleh mempunyai komplikasi seperti terbelit, pendarahan ataupun pecah dan ini selalunya akan menyebabkan kesakitan luar dari kebiasaan. Untuk mengetahui status kista ovari anda, ia memerlukan pemantauan serta pemeriksaan menggunakan ultrasound.
Jika jumlah kista ovari bertambah, ia boleh menyebabkan Sindrom Polisistik Ovari yang memberi kesan seperti gangguan kitaran haid dan kurang subur. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































