Sulit
2 tahun
Dada bengkak dah 3 tahun
Sya lelaki umur16,nk tnya ada tk no/knl spa ii yg pandai buat pembedahan batin sbb sya nk buat pembedah buang mnda apa ntah kat dada ni…dlu gi hospital doktor ckp tunggu 6 bulan,aq yg bodoh ni tunggu laa 6 bulan pastu doktor ckp lgi tunggu 6 bulan…aduh skrg ni dh msuk 3 tahun beb tk hilang ii lagi rasa malu gila sbb aq ni lelaki pkai baju/bawak muto mesti berbekas nmpk mcm ada bnda kt dada jdi aib…mohon sngt bgi kejasama…kalau kenal/ada no yg pandai berubat batin pm fb ahmad penzol kita bincang dgn lebih detail
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami payudara kiri anda lebih besar daripada kanan bersertakan benjolan. Kami akan cuba membantu anda.
Benjolan dan pembersaran pada payudara adalah sesuatu perkara yang membimbangkan kerana ia boleh menandakan ketumbuhan pada payudara. Namun, sememangnya saiz payudara tidak simetri untuk setiap individu. Di samping itu, benjolan pada payudara boleh disebabkan oleh lipoma dan gynaecomastia. Jika anda mempunyai simptom lain seperti benjolan pada ketiak, sakit payudara dan perubahan kulit payudara, sila rujuk kepada doktor kerana ia boleh menandakan kanser payudara. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.